Sunday, October 18, 2009

SMSI dan SRSI Dari Lipatan Sejarah

Sekolah ini mula dibuka dalam tahun 1954 dengan nama Sultan Ismail School Cukai Kemaman iaitu bersempena nama sultan yang memerintah negeri Trengganu pada masa itu. Sekolah ini adalah sekolah yang pertama didirikan dalam dearah Kemaman

Sekolah ini juga dikenali sebagai SIS (Sultan Ismail School) dan juga disebut 'Sekolah Orang Putih' oleh orang tempatan kerana penggunaan Bahasa Inggeris sebagai media pengajaran dan komunikasi. Sekolah berbahasa Inggeris lain pada waktu itu Sultan Sulaiman Sekolah yang terletak di Kuala Terengganu

Pada masa mula dibuka, murid murid sekolah ini adalah lebih kurang 45 orang sahaja terdiri daripada murid bangsa Melayu, Cini dan India. Murid-murid ini telah ditumpangkan belajar di sebuah bangunan kayu peninggalan penjajah tentera Jepun di dalam kawasan kilang papan kepunyaan seorang bangsa Cina iaitu Chai Hin Sawmill Kemaman terletak di Kampung Injin Gergaji

Gurubesar yang pertama ialah Encik Lam Mohd Ibrahim B. Piah dan Penolong Gurubesar ialah Encik Kok Thian Soo.


Pada tahun 1958, Sekolah Menengah pertama dibina di Dearah Kemaman dan kemudian pada tahun 1964, pentadbiran sekolah ini sekolah Rendah dan Menengah dipisahkan. Sekolah Menengah diketuai oleh Encik P. Ganapathy dilantik sebagai Gurubesar Sekolah Menengah yang Pertama

Credit to smksikmn.wordpress.com & sksultanismail.blogspot.com

1 comment:

  1. good research...never know that our former school have such a long history. bravo for blogger

    ReplyDelete

Kasik Komen skit ler