Tuesday, December 1, 2009

Kembali Ke Sekolah

Selepas 25 tahun meninggalkan sekolah rendah sekarang ini,Sudah pasti mereka yang bergelar Bapa atau Ibu kembali semula kesekolah ini, tetapi kali ini untuk giliran mereka menghantar anak anak mereka pula kesekolah kesayangan kita semua. Melihat pada keadaan dan suasana sekolah mengingatkan kembali kepada zaman persekolahan. Lebih lebih lagi terserempak dengan teman teman sekolah dulu.

Keadaan Sekolah Rendah Sultan Ismail sekarang (SRKSI) telah banyak barubah dengan bangunan bangunan baru untuk menampung bilangan murid yang semakin ramai, Walau bagaimanapun struktur asal bangunan ini masih ada yang kekal.

Saya sempat mengambil gambar beberapa bangunan dikira klasik dan pasti mengembalikan ingatan kezaman sekolah SRSI ......

Pintu Masuk Utama ke Sekolah

Pasti teringat kembali kelas masing masing dan saya berdiri ke laluan untuk ke padang sekolah

Tempat Kebiasaan Perhimpunan diadakan setiap Hari Ahad.Kantin Sekolah Masih ditempat asal

Sesuatu yang juga mengembirakan kerana blog ini saya menerima email dari seorang bekas guru, Antara guru yang paling garang disekolah Cikgu Super Maniam. Guru yang mengajar Bahasa English, Sesungguhnya niat mengumpulkan kembali bekas pelajar dan juga guru mula membuahkan hasil ... InsyaAllah dengan izinNYA saya akan teruskan bersama rakan rakan yang lain


Friday, November 20, 2009

Borang Keahlian / Membership Form

Assalaimulaikum dan salam sejahtera

Bersama sama ini saya lampirkan link untuk memuat turun / download borang keahlian atau membership form. Borang yang lengkap diisi bolehlah di mailkan kembali kepada kepada gti_898@hotmail.com atau hashimhabeed@gmail.com kepada sesiapa yang keberatan untuk mengisi sebarang maklumat yang dirasakan menganggu privacy mereka sila biarkan kosong sahaja untuk mengelakkan dari sebarang prasangka.

Download Borang

Update Kedatangan ke Majlis Reunion

Assalaimulaikum & Salam Sejahtera,
Semakin hampir majlis reunion yang dirancangkan dan mengikut countdown kat sebelah tinggal 35 hari lagi kita akan berkumpul di Dewan Belian Majlis Perbandaran Kemaman nanti, Sehingga dikemaskini senarai nama yang telah confirm hadir mencecah 65 orang sementara maybe attending sekitar 30 orang. Sukacita saya menyenaraikan nama nama mereka yang akan hadir

1. Abd Rahim
2. Abd Hadi Arshad
3. Ahmad Syawal Alias
4. Anuar Abd Salam
5. Azhari Abdullah
6. Azihan Kijal
7. Azhar Ahmad
8. Azlan Arief Ahmad Ghazali
9. Bakri Harun
10. Burhanudin
11. CW Zairudin CW Hussin
12. Hashamudin Abdullah
13. Hashim Habeed Abd Sattar
14. Hasmawi Hassan
15. Imran Zakaria
16. Izham Iskandar Ismail
17. Izzanudin Ishak
18. Kazauniha Razali
19. Khairul Anuar (Botok)
20. Marzuki
21. Mohd Kamaruzaman
22. Mohd Fauzi Ahmad
23. Rosli Potet
24. Rushdan Abd Razak
25. Saiful Azhan
26. Saiful Mohd
27. Sheikh Ahmad Sabree
28. Sukri A Halim(ayie GPauh)
29. Tg. Muleeadi
30. Tun Alimin W Agil
31. Zahrin Zahid
32. Zaidi Oseman
33. Zaidi Gajoh
34. Aeina Ibrahim
35. Hasmida M Noor
36. Ilyani Abd Hamid
37. Karmaniza A Bakar
38. Sharifah Shamsinaz
39. Norsiah M Noor
40. Noraini Maidin
41. Nuradawiyah Yusoff
42. Zanariah Aziz
43. Mohd Fauzi Hassan
44. Mohd Hamka Hassan
45. Mohd Gunthor M Amir
66. Mohd Huda Kassim
47. Mohd Zafarol Shah Lokman
48. Muhd Ghazali Said
49. Mustaffa Kamal
49. Nizam Mamat
50. Rohaimi Anang
51. Rohismadi Ismail
52. Rohisham Ramli
53. Rosdi Abd Rahim
54. Rosmadi Abdullah
Also Invited / Coming
55. Muhd Nazri Cheek
56. Tg. Haryady ( Joe Labi)
57. Khazilam Semadi

Chinese Fellows – Old Boys
58. Goh Chong Ming
59. Jang Say Chew
60. Kwek Choon Lai
61. Lip Woon Choon
62. Ong Chong Chee

Sunday, October 18, 2009

SMSI dan SRSI Dari Lipatan Sejarah

Sekolah ini mula dibuka dalam tahun 1954 dengan nama Sultan Ismail School Cukai Kemaman iaitu bersempena nama sultan yang memerintah negeri Trengganu pada masa itu. Sekolah ini adalah sekolah yang pertama didirikan dalam dearah Kemaman

Sekolah ini juga dikenali sebagai SIS (Sultan Ismail School) dan juga disebut 'Sekolah Orang Putih' oleh orang tempatan kerana penggunaan Bahasa Inggeris sebagai media pengajaran dan komunikasi. Sekolah berbahasa Inggeris lain pada waktu itu Sultan Sulaiman Sekolah yang terletak di Kuala Terengganu

Pada masa mula dibuka, murid murid sekolah ini adalah lebih kurang 45 orang sahaja terdiri daripada murid bangsa Melayu, Cini dan India. Murid-murid ini telah ditumpangkan belajar di sebuah bangunan kayu peninggalan penjajah tentera Jepun di dalam kawasan kilang papan kepunyaan seorang bangsa Cina iaitu Chai Hin Sawmill Kemaman terletak di Kampung Injin Gergaji

Gurubesar yang pertama ialah Encik Lam Mohd Ibrahim B. Piah dan Penolong Gurubesar ialah Encik Kok Thian Soo.


Pada tahun 1958, Sekolah Menengah pertama dibina di Dearah Kemaman dan kemudian pada tahun 1964, pentadbiran sekolah ini sekolah Rendah dan Menengah dipisahkan. Sekolah Menengah diketuai oleh Encik P. Ganapathy dilantik sebagai Gurubesar Sekolah Menengah yang Pertama

Credit to smksikmn.wordpress.com & sksultanismail.blogspot.com

Peraturan untuk menubuhkan Alumni

1. Bagaimanakah caranya untuk menubuhkan sesebuah persatuan alumni?
i) Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, suatu mesyuarat penubuhan hendaklah diadakan untuk menubuhkan persatuan alumni yang dihadiri tidak kurang daripada 7 orang dan nama-nama mereka hendaklah dicatatkan di dalam minit mesyuarat.
ii) Mesyuarat penubuhan persatuan hendaklah meluluskan resolusi-resolusi seperti berikut:-
  • bersetuju tentang penubuhan persatuan.
  • meluluskan nama persatuan.
  • meluluskan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan.
  • melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja untuk mengendalikan pendaftaran persatuan.
  • meluluskan perlembagaan dan aturan-aturan persatuan yang didaftarkan.
  • mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (minit mesyuarat) persatuan termasuk resolusi-resolusi yang disebutkan di atas
2. Bagaimana membuat permohonan untuk menubuhkan persatuan alumni?
Semua permohonan hendaklah dibuat di bawah Seksyen 7 (I) Akta yang disertai dengan perkara-perkara yang berikut:-
  • 6 salinan borang permohonan perundangan (Borang 1) dengan harga RM 1.00 bagi setiap salinan.
  • 6 salinan senarai Ahli Jawatankuasa Penaja dalam format spesifik.
  • 6 salinan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan.
  • 6 salinan apa-apa bendera, lambang, lencana atau lain-lain tanda termasuk pengertiannya.
  • 2 salinan minit mesyuarat yang mengandungi resolusi-resolusi yang tersebut di atas.
  • Surat kebenaran menggunakan alamat atau tempat urusan, jika berkenaan (di dalam kes- kes di mana pertubuhan tidak memiliki premis).
  • Stem bernilai RM 30.00 yang dilekatkan di atas salinan pertama sahaja borang permohonan (Borang 1)
Tiap-tiap salinan di butir-butir (i)-(v) di atas hendaklah ditandatangani oleh dua orang pemegang utama pertubuhan. Pemegang jawatan utama bermaksud Yang DiPertua, Pengerusi, Timbalan Yang DiPertua, Timbalan Pengerusi, Naib Yang DiPertua, Naib Pengerusi,Bendahari atau Setiausaha.
* borang-borang permohonan (Borang 1) boleh diperolehi di Ibu Pejabat atau mana-mana pejabat Jabatan Negeri di atas bayaran. Sila rujuk http://www.ros.gov.my/jppm/borang.htm

3. Di manakah permohonan boleh dikemukakan?
Permohonan untuk pendaftaran persatuan alumni hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan yang dicadangkan itu hendak diwujudkan

4. Apakah tanggungjawab sebagai pemegang jawatan di dalam persatuan alumni?
Di antara tanggungjawab-tanggunjawabnya ialah:-
  • Mentadbirkan persatuan mengikut undang-undang berdaftar.
  • Memanggil/mengadakan mesyuarat-mesyuarat persatuan mengikut undang-undang berdaftar.
  • Menyimpan minit-minit Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.
  • Menyimpan rekod keahlian mengikut jenis keahlian.
  • Menyimpan rekod kewangan (Buku kira-kira, resit-resit, baucar-baucar penyata bank dan sebagainya).
  • Mengutip yuran.
  • Menyediakan dan membentang laporan Aktiviti Tahunan, Penyata Kewangan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.
  • Mendaftarkan semua pindaan kepada undang-undang berdaftar.
  • Mendaftar pindaan alamat persatuan.
  • Mengemukakan penyata tahunan persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan setiap tahun.
5. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat atau khidmat nasihat dengan lebih lanjut lagi mengenai tatacara permohonan pendaftaran persatuan atau kaedah-kaedah pengurusan persatuan?
Anda boleh mendapatkan maklumat atau khidmat nasihat di semua kaunter-kaunter Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia samada di Ibu Pejabat atau pejabat-pejabat cawangan negeri.

Takziah atas pemergian sahabat kita

Tanggal 2hb sept 2009 bersamaan 12 Ramadan 1430 salah seroang sahabat kita Cheku Ruzoha yang tinggal di Kampung Bukit Kuang telah kembali ke Rahmatullah. Saya menerima berita kematiannya melalui SMS yang dikirimkan oleh Dr Fauzi dan tidak sempat menziarahi arwah.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Thaahaa ayat 55 tafsirnya :

“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan menggembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi”

Oleh itu ingatlah bahawa kematian itu tetap menemui kita, tiada siapa boleh lari daripadanya.Bukankah Allah Subhanahu Wataala telah berfirman dalam Surah ‘Ali Imran ayat 180 tafsirnya :

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.

Semoga ini menjadi pengajaraan kepada kita dan juga semoga Keluarga Cheku Ruzoha tabah mengharungi ujian Ilahi

AlFatihah…

Salam

Assalamulaikum & Salam Sejahtera …

Kepada semua semua pengunjung exsmsi89. Tujuan Blog adalah sebagai satu platform untuk semua bekas bekas pelajar yang pernah bersekolah di SEKOLAH RENDAH SULTAN ISMAIL KEMAMAN dari tahun 1979 sehingga 1984

dan juga SEKOLAH MENENGAH SULTAN ISMAIL KEMAMAN dari tahun 1985 sehingga 1989 sebelum masing masing meneruskan pengajian mereka atau karier mereka

Setelah hampir 20 tahun lamanya masing masing sibuk dengan kerjaya masing2 serta keluarga dan rumahtangga mereka sehingga tiada apa apa lagi contact antara satu sama lain. Walaupun terdapat segelintir bekas pelajar masih berhubung antara satu sama yang lain tapi majoritinya sangat kurang.

Dan ideal untuk mengumpulkan kan seramai mungkin bekas pelajar ini datang dari Saudara Fauzi Ahmad @ Chong. Saudara Fauzi telah mengerakkan Revolusi Bawah tanah ini dan berusaha untuk menghimpunkan sekurang kurangnya 100 bekas pelajar pada 26hb December 2009 juga dalam majlis perkahwinan beliau pada hari yang sama. Mungkin saudara saudari sangat sibuk dengan dengan kerjaya & Pengurusan rumah tanga masing masing tapi kami berharap semua akan dapat meluangkan 1 – 2 jam pada 26hb Dec 2009 untuk bersama sama kita mengenang kembali zaman yang paling manis dalam hidup kita ZAMAN PERSEKOLAHAN.

Tujuannya hanya satu mengeratkan silatul Rahim antara kita serta dapat kita sentiasa keep in touch. Blog ini akan diteruskan sekiranya mendapat sambutan dan saya akan cuba membantu memberi info yang sebaik mungkin atas sebarang berita / peristiwa yang berlaku antara kita.

Akhir sekali sama sama kita mendoakan semoga semua sahabat kita sentiasa berada didalam keadaan yang sihat dengan Rahmat dan hidayah dari Allah S.W.T disamping keluarga masing masing

Untuk sebarang pertanyaan / kemusykilan bole hubungi exsmsi89@gmail.com (mail blog ini) atau berkunjung ke facebook Fauzi Ahmad, Hashimhabeed dan ramai lagi kawan kawan kita yang telah bernetworking kat sana