Tuesday, December 1, 2009

Kembali Ke Sekolah

Selepas 25 tahun meninggalkan sekolah rendah sekarang ini,Sudah pasti mereka yang bergelar Bapa atau Ibu kembali semula kesekolah ini, tetapi kali ini untuk giliran mereka menghantar anak anak mereka pula kesekolah kesayangan kita semua. Melihat pada keadaan dan suasana sekolah mengingatkan kembali kepada zaman persekolahan. Lebih lebih lagi terserempak dengan teman teman sekolah dulu.

Keadaan Sekolah Rendah Sultan Ismail sekarang (SRKSI) telah banyak barubah dengan bangunan bangunan baru untuk menampung bilangan murid yang semakin ramai, Walau bagaimanapun struktur asal bangunan ini masih ada yang kekal.

Saya sempat mengambil gambar beberapa bangunan dikira klasik dan pasti mengembalikan ingatan kezaman sekolah SRSI ......

Pintu Masuk Utama ke Sekolah

Pasti teringat kembali kelas masing masing dan saya berdiri ke laluan untuk ke padang sekolah

Tempat Kebiasaan Perhimpunan diadakan setiap Hari Ahad.Kantin Sekolah Masih ditempat asal

Sesuatu yang juga mengembirakan kerana blog ini saya menerima email dari seorang bekas guru, Antara guru yang paling garang disekolah Cikgu Super Maniam. Guru yang mengajar Bahasa English, Sesungguhnya niat mengumpulkan kembali bekas pelajar dan juga guru mula membuahkan hasil ... InsyaAllah dengan izinNYA saya akan teruskan bersama rakan rakan yang lain