Sunday, October 18, 2009

Takziah atas pemergian sahabat kita

Tanggal 2hb sept 2009 bersamaan 12 Ramadan 1430 salah seroang sahabat kita Cheku Ruzoha yang tinggal di Kampung Bukit Kuang telah kembali ke Rahmatullah. Saya menerima berita kematiannya melalui SMS yang dikirimkan oleh Dr Fauzi dan tidak sempat menziarahi arwah.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Thaahaa ayat 55 tafsirnya :

“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan menggembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi”

Oleh itu ingatlah bahawa kematian itu tetap menemui kita, tiada siapa boleh lari daripadanya.Bukankah Allah Subhanahu Wataala telah berfirman dalam Surah ‘Ali Imran ayat 180 tafsirnya :

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.

Semoga ini menjadi pengajaraan kepada kita dan juga semoga Keluarga Cheku Ruzoha tabah mengharungi ujian Ilahi

AlFatihah…

1 comment:

Kasik Komen skit ler