Kepada semua semua pengunjung exsmsi89. Tujuan Blog adalah sebagai satu platform untuk semua bekas bekas pelajar yang pernah bersekolah di SEKOLAH RENDAH SULTAN ISMAIL KEMAMAN dari tahun 1979 sehingga 1984


Dan ideal untuk mengumpulkan kan seramai mungkin bekas pelajar ini datang dari Saudara Fauzi Ahmad @ Chong. Saudara Fauzi telah mengerakkan Revolusi Bawah tanah ini dan berusaha untuk menghimpunkan sekurang kurangnya 100 bekas pelajar pada 26hb December 2009 juga dalam majlis perkahwinan beliau pada hari yang sama. Mungkin saudara saudari sangat sibuk dengan dengan kerjaya & Pengurusan rumah tanga masing masing tapi kami berharap semua akan dapat meluangkan 1 – 2 jam pada 26hb Dec 2009 untuk bersama sama kita mengenang kembali zaman yang paling manis dalam hidup kita ZAMAN PERSEKOLAHAN.
Tujuannya hanya satu mengeratkan silatul Rahim antara kita serta dapat kita sentiasa keep in touch. Blog ini akan diteruskan sekiranya mendapat sambutan dan saya akan cuba membantu memberi info yang sebaik mungkin atas sebarang berita / peristiwa yang berlaku antara kita.
Akhir sekali sama sama kita mendoakan semoga semua sahabat kita sentiasa berada didalam keadaan yang sihat dengan Rahmat dan hidayah dari Allah S.W.T disamping keluarga masing masing
Untuk sebarang pertanyaan / kemusykilan bole hubungi exsmsi89@gmail.com (mail blog ini) atau berkunjung ke facebook Fauzi Ahmad, Hashimhabeed dan ramai lagi kawan kawan kita yang telah bernetworking kat sana
No comments:
Post a Comment
Kasik Komen skit ler